Sultan of Kedah
Title

Autobiografi Tentera ke Takhta ini merupakan sebuah catatan, perjalanan kehidupan seorang putera raja, yang leluhurnya dari Negeri Kedah Darul Aman. Takdir kehidupan seorang insan sesungguhnya rahsia Tuhan Yang Maha Agung. Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah tidak pernah menjangkakan pada suatu hari, baginda akan bertakhta di singgahsana sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah yang ke-29.

Kisah baginda penuh inspirasi. Catatannya amat tulus dan jujur. Setiap patah perkataan lahir dari hati baginda sendiri. Menelusuri cerita baginda sejak zaman kanak-kanak, beralih alam remaja dan dewasa; dapat dirasakan baginda seorang putera yang kaya dengan kasih sayang terhadap rakyat.

Baginda tidak kekok bergelumang dengan selut di bendang. Baginda juga tangkas bermain bola sepak dan ragbi di padang bersama rakan rakyat marhain. Malah baginda tidak canggung mengayuh basikal di jalanan atau berakit di meranduk arus sungai.

Melalui fasa dewasa, baginda meninggalkan tanah air dan menjalani latihan ketenteraan di Indian Military Academy (IMA), Dehradun, India. IMA mengubah jiwa baginda menjadi seorang perwira yang penuh semangat perjuangan. Kembali ke tanah air, baginda kemudiannya menabur bakti sebagai pegawai tentera.

Rangkuman kisah dan pengalaman peribadi baginda yang dikongsikan melalui Tentera Ke Takhta ini amat luar biasa. Setiap kisah penuh dengan teladan dan mampu menyemarakkan semangat kecintaan terhadap pertiwi.

Ceritera demi ceritera sepanjang baginda menyertai Rejimen Askar Melayu Diraja, mengimbau kembali pengorbanan para perajurit negara. Kisah baginda di perbatasan, wajar dihayati oleh generasi muda. Pengalaman baginda ini sebenarnya antara sekelumit daripada kisah perjuangan para tentera, yang sanggup mengorbankan nyawa dan darah. Mereka tekad berjuang demi mengekalkan keamanan dan keharmonian jagat tanah air.

Tentera Ke Takhta juga ada sisi manis dan romantis, apabila baginda mengimbau kisah perkenalan dan perkahwinan dengan Tuanku Maliha. Debar, sebak dan rasa tanggugjawab yang disambut, saat baginda ditabalkan sebagai Sultan Kedah yang ke-29, juga dapat diselami melalui catatan baginda dalam karya hebat ini. Semuanya dijalin indah dan penuh emosi.

PREVIEW

BUKU MEJA KOPI

Karya coffee table ini memaparkan perkongsian cerita oleh Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dari detik kelahiran baginda sehingga ditabalkan sebagai Sultan Kedah ke-29. Karya setebal 321 muka surat ini turut memaparkan koleksi gambar peribadi Tuanku semenjak kecil bersama keluarga Diraja Kedah di samping gambar-gambar ketika baginda bersama-sama mencurah bakti di dalam Rejimen Askar Melayu Diraja.

Soldier to King Preview

Buy

*Untuk tempahan anda lebih daripada 50 buku, sila gunakan borang di bawah.
Diskaun luar biasa menanti!

TENTERA KE TAKHTA – AUTOBIOGRAFI

Versi Bahasa Malaysia 

Autobiografi Tentera ke Takhta ini merupakan sebuah catatan, perjalanan kehidupan seorang putera raja, yang leluhurnya dari Negeri Kedah Darul Aman. Takdir kehidupan seorang insan sesungguhnya rahsia Tuhan Yang Maha Agung. Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah tidak pernah menjangkakan pada suatu hari, baginda akan bertakhta di singgahsana sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah yang ke-29.

BUY

PENGAKUAN

Tengku Tan Sri (Dr) Mahaleel Bin Tengku Ariff

Apa yang menjadikan perjalanan Tuanku Sultan unik adalah kekayaan pengalaman dan pengetahuan yang diperolehnya semasa berkhidmat dalam Angkatan Tentera, dan berjuang dengan semangat sebenar semasa pemberontakan komunis, rusuhan pada 1969 dan konfrontasi dengan Indonesia. Semua ini menggambarkan dedikasi Duli Yang Maha Mulia untuk mengorbankan nyawa baginda untuk negara.

 

YAB DATO’ SERI HAJI MUHAMMAD SANUSI BIN MD NOR
Menteri Besar Kedah ke-14

Kebawah DYMM Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, sentiasa mencurahkan kecintaanya terhadap rakyat. Kesederhanaan peribadi Tuanku Sultan satu kesempurnaan yang tiada tandingan. Malah menjadi rahmat buat rakyat Kedah.

 

YB DATO’ SERI UTAMA MUKHRIZ BIN MAHATHIR
Menteri Besar Kedah ke-11 dan ke-13

Negeri Kedah Darul Aman yang kita cintai sedang mengalami masa yang tidak menentu dan mencabar. Justeru, saya amat berbesar hati ingin berkongsi serba sedikit tentang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai sumber inspirasi. Saya mendapat keistimewaan untuk mengadakan perbincangan terus dengan Tuanku Sultan, di mana kami berkongsi rasa penghargaan yang mendalam terhadap sejarah Kedah dan rasa cinta kepada rakyatnya.

Kedah bumi bertuah kerana Sultan Sallehuddin sebagai pemerintahnya dan saya mendoakan agar pemerintahan baginda Tuanku dan keluarga diraja Kedah berkekalan.

 

YBHG DATO’ SERI DIRAJA AHMAD BASHAH BIN MD HANIPAH
Menteri Besar Kedah ke-12

Kejujuran, sikap saling menyokong dan kepimpinan sejati Tuanku Sultan benar-benar terserlah. Buat baginda, kesempurnaan adalah penting, namun baginda tetap tenang dalam memerintah atau menjalin persahabatan. Baginda menunjukkan keprihatinan dengan menjadi pendengar yang baik, memberi tumpuan kepada apa yang dilakukan – gabungan ingatan dan kemuncak kemanusiaan. Idealisme dan visi baginda juga disampaikan bukan sahaja melalui dekri, tetapi juga melalui bahasa tubuh dan pendekatan yang baik. Gabungan unsur-unsur ini telah melengkapkan peranan baginda sebagai Sultan yang merupakan pelindung mahkota negara: berdaulat di masa aman, namun sentiasa berhati-hati dan memahami segala yang berlaku di bawah pemerintahannya. Baginda memegang prinsip Raja dan rakyat berpisah tiada. Justeru, keluhuran institusi diraja dan peranan seorang Raja adalah seiring. Inilah warisan negara yang sentiasa harus dijunjung tinggi.

 

YBHG TAN SRI DATO’ SERI DIRAJA OSMAN BIN HAJI AROFF
Menteri Besar Kedah ke-6

Saya mengenali Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sejak baginda dilantik sebagai Tunku Laksamana Kedah. Baginda berperwatakan lembut, tidak pernah meninggikan suara dan sentiasa menghormati orang sekeliling. Hubungan baginda dengan rakyat jelata dan pegawai kerajaan sangat baik, dan baginda begitu prihatin terhadap kebajikan rakyat. Baginda adalah seorang Sultan yang sentiasa memantau setiap perancangan kerajaan. Semua ini bagi memastikan impak positif kepada pembangunan Negeri Kedah yang tercinta.

 

GEN TAN SRI DATO’ SERI AZIZAN BIN ARIFIN (RETIRED)
The 17th Chief of Defence Forces

Saya masih ingat kali pertama saya mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan pada awal 1960-an semasa baginda menjadi guru kami di Sekolah Rendah Iskandar (sekarang SK Iskandar) di Alor Setar. Sebagai pelajar, kami menyayanginya kerana perwatakannya yang peramah, lembut tutur kata dan sentiasa tersenyum. Beliau dikenali sebagai putera, cikgu yang memandu kereta sport Jaguar berwarna merah (sangat jarang pada zaman itu yang amat kami serta guru-guru lain kagumi).

Malah sehingga hari ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku kekal sangat merendah diri dan menyenangkan, berbudi bahasa dan prihatin serta sentiasa menenangkan kami. Kehidupan pelbagai rupa yang dilaluinya sebagai seorang putera raja, seorang pendidik, seorang pegawai dalam Angkatan Tentera dan sebagai Tunku Laksamana Kedah di Institusi Diraja telah memberikan beliau segala kebijaksanaan intelek, daya kepimpinan, budi dan empati untuk menjadi seorang pemimpin. Setelah berlatih dan berkhidmat sebagai pegawai dalam Angkatan Tentera Malaysia serta berpandukan moto sekolah tercinta (Maktab Sultan Abdul Hamid) iaitu “Scholar, Sportsman, Gentleman”, baginda telah diasuh dengan cemerlang untuk menjadi Sultan Kedah yang amat disanjung dan dikasihi.

Daulat Tuanku.

 

GEN TAN SRI MOHD AZUMI BIN MOHAMED (RETIRED)

“Satu perkara yang amat terkesan di kalbu, yang saya pelajari dari Tuanku Sultan, tentunya segala tentang kemanusiaan. Dalam kehidupan, kita wajib mengasuh hati agar saling menghormati antara satu sama lain. Ikutkan resam padi, yang semakin menunduk saat semakin berisi. Saya pegang prinsip ini sehingga kini. Daulat Tuanku.”

 

LT GEN DATUK NAWI BIN ALIAS (RETIRED)

“Saya berkhidmat sebagai Pegawai Semboyan Rejimen bersama Tuanku Sultan ketika di          3 RAMD. Ketika itu, baginda menjawat jawatan sebagai Ketua Platun. Tuanku Sultan adalah lambang kehebatan anak raja yang berjiwa rakyat. Kelebihan yang dimiliki tidak pernah menghalang baginda menjadi pegawai tentera yang berkaliber. Tuanku Sultan melalui kesukaran dan keperitan tanpa sebarang layanan istimewa sepanjang bertugas sama seperti anggota tentera yang lain.”

 

LT COL HEERA SINGH (RETIRED) 

“Kebawah DYMM Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah dilatih di Akademi Ketenteraan India, sebuah institusi yang amat berwibawa dan terkenal seluruh dunia dengan latihan ketenteraannya yang bukan calang-calang. Di institusi inilah Tuanku Sultan menerima latihan awal sebagai perwira bangsa yang akhirnya membentuk keperibadian unggul baginda, sebagai pemimpin penuh kaliber, sama ada dalam dunia ketenteraan mahupun sebagai Sultan yang memayungi bumi Kedah. Saya yakin seluruh rakyat Kedah berasa amat diberkati saat Tuanku  Sultan menaiki takhta sebagai Sultan Kedah.”

 

6477 WARRANT OFFICER 2 YATIM BIN SULONG (RETIRED)

“Tuanku Sultan seorang lelaki yang budiman dan sangat berdisiplin. Sewaktu bertugas, setiap tindakan dan perbuatannya menjadi contoh teladan buat anggota di bawah pimpinan baginda. Ada ketika kami yang terasa segan dengan Tuanku Sultan. Diri baginda amat bersahaja dan tidak pernah menyebut dirinya itu seorang anak Sultan.”

 

BRIG GEN JAGMOHAN RAWAT
Gentleman Cadet (GC) – IMA

“Pertemuan ini luar biasa! Biar hanya seketika namun berbekas di hati. Kami dan Tuanku Sultan terpisah lebih 50 tahun. Pertemuan ini adalah sesuatu yang tidak pernah dijangkakan. Tumpang bangga dan bahagia melihat pencapaian baginda kini. Kami semua terkejut mendengar ada sahabat dari Malaysia ingin bertemu kami. Ya, kami memang ingat  baginda. Kenangan di IMA tidak mudah dipadam. Namun yang lebih mengejutkan kami, tidak pernah terlintas di fikiran, baginda kini seorang sultan. Sewaktu pertemuan ini diatur oleh pihak IMA, tidak disebut pun hal ini pada kami. Tuanku Sultan amat merendah diri dan perahsia. Tatkala bertemu, peribadinya kekal seperti dahulu. Semoga baginda diberi kesihatan yang baik dan sentiasa ceria dalam menjalani kehidupan seharian. Saya berasa terharu kerana Tuanku Sultan benar-benar menghargai kenangan silam sepanjang latihan beliau di IMA.  Baginda sememangnya Gentleman Cadet yang sangat komited dan dedikasi.”

 


“Tidak pernah terbayang dalam fikiran saya. GC Sallehuddin yang saya kenal di IMA kembali berkunjung ke Dehradun. Baginda kini bergelar Sultan Kedah! Satu kenangan dan pengalaman yang membahagiakan untuk bertemu kembali dengan Tuanku Sultan selepas lebih 50 tahun. Baginda tidak berubah langsung keperibadiannya, kekal sederhana dan amat merendah diri. Sebagai sahabat, saya berasa terharu kerana Tuanku Sultan masih mengenang IMA sebagai institusi yang membentuk keperibadiannya. Menjunjung kasih Tuanku Sultan kerana masih sudi berkongsi kenangan dengan sahabat yang lama yang sekian lama terpisah.”

 


“Tuanku Sultan seorang Gentleman Cadet yang sangat budiman dan berdisiplin. Kami bersama-sama dalam Kompeni Naushara. Sepanjang berada di IMA, tidak seorang pun tahu baginda   sebenarnya seorang putera raja. Ini membukti betapa Tuanku Sultan  seorang yang sangat merendah diri. Seingat saya, sesiapa sahaja mudah menyenangi dan menerima baginda sebagai sahabat. Orangnya sangat simple dan keperibadian itu kekal sehingga sekarang.”

 


“Sebagai Gentleman Cadet, Tuanku Sultan merupakan seorang lelaki yang sangat berhemah dan keperibadiannya amat tinggi.  Baginda mudah mesra dengan semua rakan, tidak sesekali meninggi diri, seorang yang lembut dan sopan tutur katanya. Sesiapa sahaja pasti akan jatuh cinta pandang pertama dengan budi pekerti baginda ini. Pertemuan ini sangat manis dan tidak akan saya lupakan. Selepas 56 tahun, Tuanku Sultan kembali ke Dehradun dan berkongsi kisah silamnya. Saya sebagai sahabat sangat berbangga. Saya doakan baginda sentiasa diberi kehidupan yang terbaik oleh Tuhan.”

 


“Tuanku Sultan seorang yang sangat menyenangkan orang di sekelilingnya. Baginda amat mudah bergaul dan bijak menyesuaikan diri dengan persekitaran IMA biarpun baginda  bukan orang tempatan di Dehradun. Tuanku Sultan mempunya aura tersendiri dan mudah disayangi para sahabat. Saya kagum dengan kekuatan diri baginda. Bayangkan dahulu, dia merantau ke IMA pada usia muda dan jauh dari kaum keluarga. Namun semuanya dilalui dengan baik dan tabah. Baginda kekal cemerlang di IMA biarpun bersendirian. Selepas 56 tahun terpisah dan kemudian kembali bertemu, sesungguhnya ini satu pengalaman yang menyeronokkan. Kami sama-sama mengimbas kenangan silam.”

 


“Tuanku Sultan seorang yang pendiam. Tuanku Sultan biarpun pendiam tetapi disayangi ramai sahabat. Dia mempunyai senyuman yang manis dan hati yang sangat mulia. Jikalau dipandang pada susuk tubuhnya yang agak kecil berbanding kami di IMA dahulu, kami tidak menjangka kemampuan dirinya. Tuanku Sultan seorang yang beriltizam tinggi dan lasak. Setiap tugasan dan latihan yang keras mampu dilaluinya dengan cemerlang. Memandang Tuanku Sultan sekarang, pada mata saya, baginda tetap tidak berubah sebagaimana kali terakhir saya melihatnya pada tahun 1963.  Baginda masih kekal sebagai lelaki budiman yang penuh aura dan pesona. Saya berasa seronok dapat bertemu dengan  baginda di IMA ini.”

 

HUBUNGI KAMI

Jangan ragu untuk menulis kepada kami dengan sebarang pertanyaan mengenai “Soldier To King” dan Buku Meja Kopi.
Jika anda ingin membeli lebih daripada 50 buku, sila gunakan borang di bawah juga.